Viral Identiti Sebenar Mayat Pekerja Offshore Yang Terdampar Di Pantai Melawi, Bachok

Info awal :
Mangsa adalah pekerja dari Zamil Offshore. Company Arab. Lelaki berjambang(Gambar -2) dipercayai mangsa yang hilang dan mayatnya ditemui disini hari ini.

Orang ramai di sekitar Pantai Sungai Dua, di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki berpakaian pekerja pelantar minyak yang terdampar di pesisir pantai tersebut.

Ketika ditemukan orang ramai kira-kira pukul 8 pagi ini, mayat tersebut berada dalam keadaan terlentang dan sebahagian badan sudah mula mereput dengan kepalanya hanya tinggal tengkorak.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Ali berkata, pihaknya bergegas ke lokasi penemuan selepas menerima laporan orang ramai.

“Keadaannya yang mula mereput menyebabkan identiti mayat tersebut gagal dicam. Ia kemungkinan dibawa ombak hingga ke tebing pantai.

“Mayat itu sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. Siasatan lanjut termasuk usaha mengenal pasti identiti mayat sedang dilakukan,” katanya.

Add Comment