(video) Neelofa melancarkan Koleksi Be Lofa Hijab di Nightclub ZOUK KL dikecam teruk kerana ada tarian lucah bertudung

Viral di media sosial apabila usahawan, pelakon dan pegacara terkenal iaitu Neelofa telah dikatakan melancarkan tudung jenamanya di sebuah Nigh Club terkenal di Kuala Lumpur. Neelofa merupakan seorang usahawan tudung terkenal dengan jenamanya Neelofa Hijab yang semalam telah melancarkan tudung terbaru dari Neelofa hijab di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Setelah melancarkan tudung tersebut . Video pelancaran tudung tersebut telah viral di laman sosial apabila ianya menerima kritikan keras dari netizen yang mengatakan ianya tidak sepatutnya dilakukan kerana Tudung adalah merupakan pakaian muslim yang bercanggah dari tempat pelancaran produk terbarunya itu di nightclub Zouk yang terang terang adalah bukan melambangkan islam.

Selain itu dapat juga dilihat beberapa model model upahan bertudung menari dan bergelek sambil memperagakan tudung Neelofa hijab yang tidak sepatutnya berlaku kerana perkara tersebut dikatakan memalukan wanita islam dan jauh menyimpang dari islam. Neelofa turut dikecam kerana beliau yang kini sudah berstatus “Hajjah” sepatutnya lebih arif dalam perkara tersebut .

Berikutan dengan perkara itu , Neelofa menerangkan bahawa dia tidak akan mempedulikan kata kata netizen kerana beliau tahu apa yang beliau lakukan. Beliau turut menerangkan bahawa lokasi yang dipilih adalah berseuaian dengan tema setelah menyenarai pendek beberapa tempat. Beliau juga mengatakan bahawa Zouk dipilih kerana beberapa tempat yang lain mengenakan cas 8 kali ganda lebih tinggi dari Zouk Club.

Pelancaran koleksi tudung Neelofa adalah dilakukan bersama dengan sempena ulangtahun kelahiran jutawan tudung tersebut yang ke 29 di Zouk Club KL.

Sumber : http://alerttvmalaysia.com

Leave a Reply