(Video) Aksi Menakjubkan The Sacred Riana Yang Membolehkan Di Bergelar Juara Asia’s Got Talent Musim Kedua

Dikenali dengan penampilan seram, ‘The Sacred Riana’ telah mucul sebagai juara Asia’s Got Talent musim kedua.

Peserta dari Indonesia ini telah mencuri perhatin juri serta penonton dengan gaya serta magiknya yang menyeramkan tapi menghiburkan.

Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$100,000.

Apa yang menariknya, ketika diumumkan sebagai pemenang, Riana masih mengekalkan penampilan seramnya di atas pentas.

Pertandingan Asia’s Got Talent ini telah berlangsung selama 10 minggu dan disertai 15 buah negara. Ia turut diadili oleh David Foster, Anggun and Jay Park.

Sumber – Straits Times

Add Comment