TPM Ahmad Zahid Tiba Di Pulau Pinang Lawat Kawasan Banjir, Guan Eng Sambut Dengan Pelukkan Tanda Terima Kasih

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterwort pada 9.30 pagi tadi.

Ahmad Zahid berkunjung ke negeri tersebut bagi melawat beberapa kasawan di Seberang Perai Tengah-Utara yang ditimpa bencana banjir akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Ketibaan Ahmad Zahid disambut dengan pelukan oleh Guan Eng yang kelihatan sudah pun menunggu di lapangan terbang tersebut. Guan Eng juga dilihat memegang dokumen sambil memberi penerangan kepada Ahmad Zahid.

Guan Eng kemudian membawa Ahmad Zahid ke Dewan Banjir Guar Jering di Penanti sebelum melawat Pusat Banjir Tasek Gelugor di Sekolah Kebangsaan Padang Menora.

Leave a Reply