STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menggunakan stadium baru sebagai gelanggang tuan rumah apabila pembinaan Stadium Sultan Ibrahim yang dibangunkan oleh Forest City telah bermula dan berjalan dengan lancar. Stadium baharu JDT itu yang mempunyai keluasan tanah seluas 140,000 meter persegi turut melibatkan kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi.

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton selain memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut terlibat secara langsung dalam projek ini antaranya seperti baginda mahukan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput, penambahan kepingan cermin di sekeliling kawasan dalam stadium, merapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang, meninggikan sedikit kedudukan kerusi di bahagian ‘grandstand’ dan juga meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih disekeliling luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam.

Projek ini bukan hanya melibatkan pembinaan stadium sahaja tetapi juga pelbagai aspek pembangunan yang lain termasuklah ibu pejabat Johor Darul Ta’zim, pusat latihan dan kedai cenderamata. Pastinya stadium baharu ini bakal menjadi satu mercu tanda Johor apabila dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun 2019. Luaskan Kuasamu Johor.

—–

SULTAN IBRAHIM LARKIN STADIUM TO BECOME INTERNATIONAL FOCUS

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) will soon be using their new stadium as their home after the Sultan Ibrahim Larkin Stadium’s construction being done by Forest City has started and is progressing smoothly. The new JDT stadium built on a 140,000 metre square land will also use a 70,000 metre square land for development.

The stadium, which is designed based on the shape of a banana leaf, will be able to accomodate up to 40,000 spectators besides using real grass that is approved by FIFA, a modern lighting system, a sound system and broadcasting facilities.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, has been closely involved with the project as, for example, His Royal Highness wants the stadium to get good sunlight for grass growth, glasses to be added around the stadium, spectator seats to be closer to the pitch, grandstand seats to be heightened, and red, blue and white LEDs to be installed outside the stadium for night time illumination.

The project does not only involve the construction of the stadium but also various development aspects including Johor Darul Ta’zim’s headquarters, training centre and souvenir shop. Surely the new stadium will be a new landmark for Johor once it is completed May of 2019. Luaskan Kuasamu Johor.

Gambar Pelan Stadium

 

 

Add Comment