Semakan Status BR1M 2018 Melalui MyBR1M Online

Semak Keputusan BR1M 2018 Melalui MyBR1M Online. Semakan secara online merupakan pilihan popular untuk penerima sediada dan pemohon baru dalam mengetahui status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Semakan Status BR1M 2018 Melalui MyBR1M akan membolehkan mereka mengetahui dengan lebih pantas dan mudah status permohonan atau rayuan mereka samada lulus atau tidak. Untuk perhatian, pendaftaran BR1M tahun ini telah dilanjutkan ke tarikh 25 Januari 2018.

Selain semakan status, pemohon juga boleh membuat kemaskini permohonan, cetakan borang permohonan, peti mel dan maklum balas di Laman MyBR1M. Untuk makluman, keputusan status permohonan kelulusan BRIM akan melalui Proses Verifikasi BR1M di mana permohonan akan disemak serta ditapis bagi penentuan kelayakan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Cara Semak Keputusan BR1M 2018 (Status Permohonan Dan Rayuan)
Berikut dikongsikan cara membuat semakan status BR1M 2018 untuk permohonan baru dan kemaskini. Panduan semakan keputusan rayuan akan dikemaskini selepas diumumkan oleh eBR1M. Seperti yang dinyatakan awal tadi, maklumat permohonan akan disemak dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan seperti berikut :-

A. Proses Verifikasi BR1M
Dua belas (12) jabatan yang terlibat dalam proses verifikasi BR1M 2018 adalah seperti berikut :-

1-Suruhanjaya Syarikat Malaysia
2-Jabatan Pendaftaran Negara
3-Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
4-Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis DiRaja Malaysia – PDRM)
5-Jabatan Pengangkutan Jalan
6-Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
7-Jabatan Agama Islam Negeri
8-Kementerian Pendidikan Tinggi
9-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
10-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
11-Kumpulan Wang Persaraan
12-Kementerian Luar Negeri

B. Semakan Status BR1M 2018 : Keputusan Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan
Melalui MyBR1M, pemohon bantuan boleh membuat semakan secara atas talian atau online dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-

i) Semak Status Melalui MyBR1M Online
Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.

Pilih menu MyBR1M
1-Masukkan No. Kad Pengenalan (K/P) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
2-Klik butang Log Masuk
3-Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
4-Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
5-Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon
6-Jika tidak yakin dengan jawapan soalan tersebut, sila pilih butang Tukar Soalan dan seterusnya memilih soalan lain
7-Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

ii) Berjaya Mengkases MyBR1M
Setelah pemohon berjaya mengkases MyBR1M, sila ikuti langkah berikut :-

1-Klik pada menu Semakan Status
2-Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
3-Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

iii) Status Permohonan BR1M 2018 Yang Terpapar

Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

1-Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
2-Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
3-Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
4-Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
5-Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya
6-Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya
7-Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari Panduan Pengguna MyBR1M.

C. Kaedah Lain Semakan Status BR1M 2018

Selain semakan status BR1M 2018 melalui MYBR1M online, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan BRIM melalui kaedah berikut :-

i. Melalui Pos
Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M

ii) Semakan Melalui e-Mail
Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

iii) Melalui Telefon
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

iv) Applikasi Mobile Semakan BR1M
Pilih Play Store atau App Store dan cari “Semakan BR1M’.

D. Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 termasuk masalah semakan status BR1M, sila rujuk kepada

1-Cawangan LHDNM berdekatan. Sila bawa sekali salinan pengenalan diri pemohon termasuk pasangan dan tanggungan jika perlu.

2-Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 : Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3-Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565, 03-8882 4566

4-e-Mel : br1m@treasury.gov.my

5-Laman Web : https://ebr1m.hasil.gov.my/ & Laman Facebook Rasmi LHDN

Untuk makluman, setiap permohonan baru dan kemaskini yang berjaya, pembayaran bantuan akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh Jadual Pembayaran BR1M 2018. Pembayaran akan dibuat dengan bayaran ansuran 3 kali kecuali kategori bujang hanya sekali. Bulan pembayaran adalah pada Februari, Jun dan Ogos 2018.

Selamat membuat Semakan Status BR1M 2018 Melalui MyBR1M online dan kaedah semakan yang lain. Semoga keputusan permohonan dan rayuan BRIM anda diluluskan sekaligus bakal menerima bantuan tahun ini.

Sumber : Permohonan.my

Leave a Reply