Sejarah K-Pop Dan Bagaimana Ia Boleh Menjadi Terkenal Di Seluruh Dunia

Ada penggemar Muzik K-pop di sini? Nah kalau ada, kali ini admin nak kupas mengenai sejarah muzik K-Pop secara ringkasnya. Kerana muzik K-Pop kini menjadi salah satu muzik yang digilai anak muda di era wechat sekarang ini.

K-Pop atau nama saintifiknya Korean Pop adalah sejenis muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Banyak artis dan kumpulan muzik pop Korea sudah menembusi pasaran dalam dan luar negara mereka sendiri.

Terkenalnya muzik K-Pop sekarang ini berpunca dari merebaknya industri hiburan dan muzik Korea itu sendiri ke seluruh dunia. Tidak terkecuali di negara kita Malaysia. Muzik pop Korea pra-moden pertama kali muncul pada tahun 1930-an hasil dari masuknya muzik pop Jepun yang juga turut mempengaruhi unsur² awal Muzik pop di Korea. Penjajahan Jepun ke atas Korea juga membuat genre muzik Korea waktu itu tidak berkembang dan hanya mengikuti perkembangan budaya pop Jepun sahaja.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an muzik K-Pop di Korea Selatan mula dipengaruh muzik pop barat yg mula masuk dengan banyaknya dengan pertunjukan muzik yang diadakan oleh pangkalan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan.

Muzik Pop Korea pada awalnya terbahagi kepada beberapa genre iaitu genre “oldies” yang dipengaruhi muzik barat dan popular di era 60-an. Pada tahun 1970-an, Muzik rock diperkenalkan dengan dipelopori oleh Cho Yong-pil. Dan yang ketiga adalah genre yang berasal dari muzik Trot yang dipengaruhi gaya muzik dari Jepun.

Dan bermula sejak itu sejarah K-Pop di Korea Selatan mulai mengalami perubahan yang cukup drastik. Muzik yang didengari oleh anak muda dianggap sangat indah dan trendy. Kemudian populariti muzik ini melonjak melahirkan para bintang K-Pop di industri muzik Korea. Dengan gaya yang sedikit berbeza dari zaman dulu, Muzik K-Pop pun semakin meletup!

Salah satu kumpulan yang cukup berpengaruh pada ketika itu adalah Seo Taiji and Boys. Pada tahun 1992, mereka membuat penampilan sulung dan ianya menjadi penanda aras awal bagi muzik pop moden di Korea dan memberi sesuatu yang baru apabila dicampur dengan aliran Muzik rap, rock, techno dari Amerika. Kejayaan awal kumpulan Seo Taiji and Boys ternyata memberi kesan baik kepada beberapa kumpulan lain seperti Panic dan Deux.

Muzik K-Pop di Korea Selatan ini semakin berkembang dengan masuknya muzik K-Pop beraliran dance dan hip hop. Hal ini memang terasa wajar bagi kaum remaja. Seiring peredaran zaman, tibanya muncul kumpulan “teen idol” yang sangat digilai seperti CLON, H.O.T, Sechs Kies, S.E.S, dan G.O.D. Kebanyakan dari kumpulan ini sudah tiada lagi dan anggota²nya memilih untuk bergerak solo.

Kemudian pada era 2000-an pendatang² baru berbakat mula muncul dan memeriahkan industri muzik Korea. Aliran Muzik R&B serta Hip-Hop yang berkiblatkan Amerika melahirkan artis² seperti MC Mong, 1TYM, Rain, Super Junior, Big Bang yang cukup berjaya di dalam dan luar Korea. Dan memang kumpulan ini turut membawa nama Korea Selatan dengan muzik K-Pop mereka sekaligus mempromosikan Korea Selatan.

Dengan serius, kumpulan² ini juga berjaya membawa muzik K-Pop hingga ke luar negara dan mencipta Sejarah K-Pop di Korea Selatan harum hingga ke sekarang. Hampir seluruh negara di dunia mengenal muzik yang kini sangat popular ini. Ditambah lagi dengan pupolarnya K-Drama atau drama Korea. Ramai juga artis K-pop yang turut mula berlakon dalam KDrama ini. Hal ini kemudian semakin menarik minat para penggila artis Korea.

Beberapa artis underground seperti Drunken Tiger, Tasha (Yoon Mi-rae) juga mempopularkan genre muzik tersebut. Tetapi muzik rock masih tetap digemari di Korea ditambah dengan kembalinya Seo Taiji yang bergerak solo menjadi pemuzik rock serta Yoon Do Hyun Band yang sering menyanyikan lagu² tentang nasionalisme dan kecintaan terhadap negara.

Muzik techno juga memberikan aura kemodenan yang tidak hanya disukai di Korea saja, penyanyi Lee Jung-hyun dan Kim Hyun-joong bahkan mendapat pengikhtirafan di China dan Jepun. Hal ini juga menjadi sejarah K-Pop di Korea Selatan yang cukup membanggakan. Muzik balada masih tetap memiliki pendengar yang paling banyak di Korea. Lirik sedih tentang percintaan menjadi salah satu ciri dari muzik balada Korea tersebut seperti yang dibawakan oleh Baek Ji Young, KCM, SG Wannabe, dan sebagainya. Muzik balada umumnya digemari kerana sering dijadikan soundtrack drama² TV terkenal seperti Winter Sonata, Sorry I Love You, Stairway to Heaven dan sebagainya.

Hebatnya, berbagai artis Korea berjaya menembus market dunia seperti BoA yang menembus Jepun dan digemari di banyak negara lain. Kemudian artis² lain seperti Rain, Se7en, Shinhwa, Ryu Shi-won, dan sebagainya berlumba² untuk menaklukkan pasar muzik di Jepun. Rain tercatat sebagai artis Asia pertama yang mengadakan konsert international bertajuk RAINY DAY 2005 Tour, di Madison Square Garden.

Nah itulah sejarah K-Pop di Korea Selatan yang mampu admin sampaikan kepada korang. Menarik ke tidak? Untuk korang para penggemar kekoreaan, jangan lupa komen yang suci, murni lagi bersih dan seputih muka artis Korea dlm ruang komen. Kahkahkah.

Sumber: Facebook Serombong Kapal

Add Comment