Saiz Alat Kelamin Lelaki Boleh Diukur Melalui Saiz Ibu Jari Mereka?

MITOS VS FAKTA

1-Kelelakian diukur melalui saiz

Kenyataan ini sering didatangi sesame lelaki sendiri sebenarnya. Sama sekali tidak ada fakta yang membuktikan bahawa sifat kejantanan atau kelelakian bergantung pada saiz zalat sulit seseorang lelaki. Percayalah apa yang sebenarnya membuatkan anda kelihatan jantan atau lelaki adalah karakter diri anda sendiri. Realistik dengan kemampuan diri dan professionalisme cermin kepada sifat kelelakian anda.

2-Jari kaki penentu saiz

Sekali lagi saiz dikaitkan dalam hal alat kelamin lelaki. Salah satu mitos mengatakan saiz zakar boleh dilihat melalui saiz ibu jari lelaki. Hal ini tidak benar sama sekali dan menurut salah satu kajian yang dilakukan oleh Jyoti Shah di St, Mary’s Hospital London menyatakan tidak ada kolerasi antara ukuran kaki dan alat vital lelaki. Dan hasil daripada kajian terhadap 104 zakar yang diukur pada responden tidak ada kesahihan yang boleh dijadikan dalil berhubung hal ini.

3-Alat sulit besar buat hubungan seks lebih lama

Pernyataan ini tidak benar sama sekali! Lama atau tidak sesuatu hubungan seksual itu berlangsung tidak langsung bergantung pada saiz alat sulit lelaki. Apa yang penting bagi seseorang lelaki adalah keyakinan dalam mengawal dan komunikasi yang bijak amat membantu dalam hubungan.

4-Wanita mahukan alat sulit yang besar?

Siapa kata perempuan gemarkan alat sulit yang besar semata? Sebuah survey dilakukan terhadap komuniti wanita di penis-website.com menyatakan wanita lebih menyukai penis yang sederhana berbanding penis yang besar. Menurut kajian ini juga beberapa wanita yang melakukan survey ini, menyatakan penis yang panjang cenderung mengakibatkan rasa sakit ketika melakukan aktiviti seksual. Penis yang tidak terlampau panjang namun tebal, lebih digemari karena mampu menyentuh g-spot wanita yang berada sekitar 1 inci dari permukaan vagina.

5. Gemuk buat alat sulit mengecil dan pendek?

Masalah kegemukan boleh memberi ilusi bahawa seseorang itu mempunyai batang zakar yang pendek. Ini kerana pengumpulan lemak di bahagian ari ari akan “ menenggelamkan” zakar dan zakar akan kelihatan pendek atau kecil terutama semasa lembik.Lelaki yang mengalami masalah ini boleh mengatasinya dengan mengurangkan berat badan  secara bersenam.Apabila lemak di bahagian ari-ari mula hilang, zakar akan kelihatan normal semula.

Anda mempunyai saiz zakar yang kecil? Jangan sesekali menjalani rawatan untuk memanjangkan zakar. Kebanyakan produk yang berada di pasaran tidak terbukti keberkesanannya dari segi kajian saintifik dapat membesarkan saiz zakar. Ia boleh mengundang kesan sampingan apabila digunakan berpanjangan. Disarankan juga agar tidak melakukan rawatan urutan zakar kerana ia amat memudaratkan dan boleh menimbulkan kecederaan pada batang zakar. Suntikan bahan seperti paraffinatau silikon ke dalam batang zakar untuk tujuan pembesaran adalah merbahaya dan tidak diakui oleh pengamal perubatan moden.

Add Comment