SAH, Melaka United Ikat Ghaddar!!!

SPEKULASI penghijrahan penyerang import, Mohammed Ghaddar dari kelab mewah, Johor Darul Ta’zim (JDT) ke negeri berjiran, Melaka United bakal terjawab hari ini.

Pengurus Melaka United, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu jawapan daripada Ghaddar biarpun kelab asal pemain kelahiran Lebanon itu sedia melepaskan beliau.

Katanya, segala keputusan berhubung status Ghaddar akan diketahui hari ini selepas perbincangan dilakukan menerusi ejen pemain tersebut mencapai kata muktamad.

“JDT tidak menghalang Ghaddar untuk pergi ke pasukan lain, tetapi jika boleh kita mahu beliau menyertai pasukan Melaka United dengan rela hati,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Melaka semalam.

Turut dikaitkan berhijrah ialah dua lagi bekas pemain JDT, R. Gopinathan dan S. Chanturu yang sudah menyatakan persetujuan secara lisan untuk menyarung jersi Melaka United musim depan.

Sumber : Kosmo

Add Comment