Rolls Royce Aliff Syukri kena sita. Polis pelik macam mana kereta itu didaftarkan lesen LKM Sarawak.

Semalam menjadi viral apabila Kereta Dato Aliff Syukri telah disita oleh pihak polis. Pada awalnya kereta tersebut disewakan kepada warga Australia dan mempunyai kesalahan lesen kenderaan motor . Namun apabila disiasat rupa rupanya kereta tersebut didaftarkan atas usahawan kosmetik popular Dato Aliff Syukri.

Berikut ialah laporan daripada Harian metro
KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.

Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.

Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

“Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

“Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya. _ harian metro

Kes tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat perhatian dan kecaman netizen apabila netizen mengatakan bahawa perangai riak Dato Aliff Syukri telah mendapat balasan .

berikut adalah komen netizen
Muhammad Hafiz Basri – Selamat sambut taon baru lps byr saman dato. semoga datuk terus sukses berriak-riak.

Mazri Mie – Tunjuk lagak,kaya sgt.sampai keta pun buat sewa.x mampu nk buat roadtax.Tuhan nk tunjuk kejap je.sempena thn bru ni,aku nk ucapkan,padan muka ka org kaya berlagak

Ikie Idham – Dato dah bole start berazam kurangkan sifat menunjuk. Selamat Tahun Baru! Jangan marah-marah

Bard Rocm – hahahhaha belagak lg allah nak tunjuk… . dah ramai yg buat JPJ baru dapat kesan ke… org hidup roadtax kat sarawak … kereta kat semenajung…. nampak sgt JPJ dgn KASTAM tak pantau

Nampaknya semakin panas nama Dato Aliff Syukri di media sosial seperti yang dimahukan Dato ALiff Syukri sendiri.

Leave a Reply