Rakam Sampai Mati, – Netizens Selar Bangsa Johor Penakut Kerana Tidak Tolong Mangs

Empat suspek yang membelasah, menikam, membaling mercun dan menggilis seorang lelaki berusia 30 an masih lagi belum ditahan oleh pihak polis. Justeru itu pihak polis meminta kesemua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu kerana itu akan menganggu siasatan polis. Pembunuhan Shell Taman Pelangi, Nombor Plat Palsu – Netizens Bergaduh Sesama Sendiri.

Mati dibunuh di kawasan terbuka

Malam tadi, sorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menggunakan sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di Johor Bahru.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama-sama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan. Rakaman kejadian juga tersebar di internet berikutan serangan tersebut dilakukan secara terbuka tanpa rasa takut.

Nombor plat palsu

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis turut memaklumkan nombor plat kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu adalah palsu. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, pemilik sebenar nombor plat itu berada di Ipoh ketika kejadian.

“Pemilik kenderaan asal dengan kereta serta nombor plat sama berada di Ipoh pada waktu kejadian,” katanya kepada pemberita.

Di media sosial, netizens bergaduh sesama sendiri berhubung penyebaran rakaman kejadian. Kebanyakan dari mereka berpecah kepada dua kumpulan; satu pihak yang menyokong rakaman dan penyebaran video manakala satu kumpulan di pihak yang tidak menyokong rakaman video dan mengkritik kenapa orang awam tidak membantu atau menyelamatkan mangsa.

“Kenapa tiada sesiapa tolong dia?? Dah terlewat sekarang,” komen Claire.

“Sebelum rakam call la polis. Tak pun rakam nombor plat dan call polis. Ni kau layan rakam video je buat apa?,” soal Samsul Redzuan Samsuri.

“Rakam sampai mati. Agaknya elok rakam sampai mati dari pergi menolong. People nowadays so fucking shame,” ulas Mhmd Firdaus pula.

“Ni la manusia akhir zaman, orang tengah susah dan memerlukan pertologan cuma tengok jak tapi bila orang tengah senang berusaha nak dijatuhkan tanpa rasa kesian, memang bodoh la yang tengok jer,” kata ImanNaufal Fotografer.

Bagaimanapun bagi mereka yang membela tindakan orang awam yang tidak menghulurkan bantuan mempunyai hujah tersendiri.

Misalnya respon dari Ct Harrera Hannieyz : “Jangan nak salahkan orang yang merakam la. Atleast orang yang merakam boleh jadi saksi, then rata-rata banyak salah orang awam WHY tak nak tolong. Try fikir la, sekarang zaman pistol, tembak sana sini, bukan zaman samurai.

Sekiranya penjenayah tu ada bawa pistol, kita sendiri pun tak menyangka kan. Siapa berani nak tolong??? Yang perempuan pula rata-rata cakap lebih, WHY orang awam tak tolong, try ko suruh suami kau pergi tolong, kau sanggup tak?? Kalau kau rasa nak suami kau pun mati digilis penjenayah gila macamni.

Lagipun tempat ini berlaku kat stesen minyak, secara automatik setiap tempat stesen minyak memang ada button emergency. Polis memang segera bertindak. Ingat polis dapat datang secepat kilat ke?? Jangan jadi bangang la.

Tengok video pun berapa minit je, mangsa sudah mati di tempat kejadian. Ada ke ambil masa berjam-jam?

Kalau nak sangat bantu, lain kali korang berkorbanlah kereta korang sendiri pergi langgar balik penjenayah tu beramai-ramai. Itu baru berani dan sanggup berkorban namanya. Jangan tahu cakap tapi tak fikir situasi,” katanya di ruangan komen.

Rakaman pembunuhan itu menjadi viral tidak hanya di Malaysia bahkan di luar negara juga.

Read more: http://www.sozpress.com/2017/12/pembunuhan-shell-taman-pelangi-nombor.html#ixzz51cBiRo00

Leave a Reply