Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017

[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″]
[et_pb_text admin_label=”Text”]
Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017|Adakah anda mencari perbandingan pelan prabayar (prepaid)terbaik di Malaysia pada tahun 2017? Jika dilihat masa kini terdapat 4 pelan telco yang selalu bersaing untuk menjadikan pilihan terbaik untuk dilanggan oleh pengguna. Antaranya iaitu Maxis, Digi, Celcom dan UMobile. Keempat-empat ini ‘berperang’ menawarkan pakej pelan terbaru bagi meraih kepercayaan pengguna termasuklah pelan internet yang akan menjadi keutamaan difokuskan.

Disini saya akan membandingkan 4 pelan prabayat terhebat tahun 2017 di Malaysia untuk membantu anda membuat penilaian dengan mudah. Bagi aku kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing dari segi pelan internet, kadar panggilan, kadar SMS dan tawaran percuma.

Pelan Prepaid Terbaik Di Malaysia 2017

1. Maxis Hotlink FAST

Melalui pelan terbaru Hotlink iaitu Pelan Hotlink FAST, Hotlink telah meningkatkan kuota data internet, dimana mereka menawarkan Internet 8GB 4G Percuma setiap bulan sepanjang hayat. Tetapi internet ini dibahagikan kepada 2 GB setiap hujung minggu (1GB hari Sabtu dan 1GB untuk hari Ahad). Anda hanya pastikan akaun anda sentiasa aktif dan kuota data percuma diberikan kepada telefon pintar yang disambungkan talian 4G LTE. Selain itu, pengguna Hotlink FAST juga dapat menikmati free 1,000 minit calls bagi 5 friends anda pada bila-bila masa. Kelebihan pelan Hotlink FAST, Hotlink bijak memujuk semula hati pengguna dengan memperkenalkan pelan data internet terbaru dengan pilihan pakej harian, mingguan atau bulanan. Bagi pakej harian adalah herharga RM3 untuk 1GB manakala pakej mingguan terdapat tiga pilihanan iaitu RM10 (600MB + Free 7GB Happy Hour), RM7 (300MB) dan RM5 (150MB). Jika dilihat pakej mingguan kurang memuaskan kerana masih data internet menggunakan MB. Tapi bagi pakej bulanan agak munasabah dimana menawarkan RM50 (5GB + 100mins + Free 30GB Happy Hour), RM38 (3GB) manakala RM30 hanya 2GB. Kesemuanya pelan data internet ini di bawah pelan FAST.

2. Celcom Xpax M4gic SIM

Jika pelan Xpax sebelum ini menawarkan Internet Burung Hantu bagi penggemar layari internet di larut malam. Walaubagaimanapun, bagi pelan terbaru Celcom M4gic SIM tidak lagi ditawarkan internet burung hantu tetapi masih ada kelebihan yang lebih menarik. New Magic SIM ini masih mengekalkan kelebihan Magic Sim biasa seperti Free Basic Internet, Free Unlimited Yonder Music dan Carry Forward baki internet ke bulan hadapan. Namun, Xpax M4gic SIM teleh memperkenalkan panggilan percuma tanpa had ke semua nombor di bawah pelan prabayar M4gic SIM. Jika dilihat panggilan percuma dari pelan ini daya penarik pengguna untuk beralih kepada Celcom. Selain unlimited call, pelan data internet dalam bentuk Magic Pack turut diperkenalkan bagi pengguna M4gic SIM yang ditawarkan dalam pakej harian, mingguan dan bulanan. Pelan Magic harian berharga RM8 untuk 1GB manakala pakej mingguan menawarkan internet 1GB pada harga RM18. Pakej bulanan pula boleh didapati pada harga antara RM38 (4GB) hingga RM68 (7GB) dan semua pakej ditawarkan dengan 4G LTE internet.

3. Digi BEST

Digi BEST adalah pelan terbaru prabayar Digi dimana masih mengekalkan internet percuma unlimited untuk sosial di Facebook dan Twitter. Sama seperti pelan Digi sebelum ini iaitu pelan Digi Smart. Kadar panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk bagi 10 nombor Digi dan 10 semua rangkaian adalah 6 sen untuk 30 per saat call dan 6 sen/ SMS. Namun itu, Digi turut memperkenalkan Digi Prepaid LIVE yang memberi kelebihan plan internet kepada yang pengguna kaki movie dan stream muzik. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pelan tersebut di sini!

4. UMobile Unlimited Power

Digi Best mungkin merupakan pelan prabayar terbaik dan paling berpatutan jika dilihat jadual di atas, tetapi pelan UMobile Unlimited Power juga mempunyai kelebihan. Harganya adalah RM8.50 dengan kredit sebanyak RM5. Pelan Unlimited Power ini data tanpa had percuma App-Onz dengan tambah nilai sekali minima RM10 untuk diaktifkan. Selain itu, turut ditawarkan 10 minit panggilan percuma kesemua nombor U Mobile dan internet percuma 1GB setiap bulan. Anda juga mempunyai pilihan melanggan pelan UMI30 yang menawarkan 7.5GB internet kelajuan tinggi 4G LTE, 2.5GB strim data dengan App-Onz dan 30 minit panggilan percuma ke semua rangkaian. Sudah dapat bandingkan pelan prabayar terbaik anda untuk dilanggani? Mana satu pilihan anda pelan prabayar terbaik 2017?

Sumber : lokmanamirul.com
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

Leave a Reply