Patutlah, Ini Rupanya Sebab Adi Putera Dapat Pangkat Dato’ – Jasa Pada Johor!

Pelakon Hadi Putera atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan antara empat selebriti yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Adi Putra yang menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Berikut luahan Adi Putra:

Syukur Alhamdulillah kepada Allah, Patik ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH. Semoga TUANKU DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT. Amin

Mesti peminat hiburan tanah air tertanya-tanya mengapa Datuk Adi Putra dianugerahkan pangkat tersebut?

Rupa-rupanya, Datuk Haji Adi Putra merupakan Penaung Pertubuhan Johor I Care Society.

Menjadi penaung semenjak tahun 2015 lagi, pertubuhan ini bergerak sekitar negeri Johor dalam memberi dan membantu mereka yang dalam kekurangan.

Beliau secara senyap rupanya sering belerjasama dalam menggerakkan kerja kebajikan sekitar Negeri Johor tanpa mendedahkan atau heboh demi populariti.

Add Comment