Najib Buat Kejutan, Rizab Antarabangsa Berjumlah AS$101.4 bilion (RM429 bilion)!!

SELAMA ini pihak pembangkang sering merungut dan mendakwa bahawa kononnya ekonomi Malaysia amat nazak dan negara kita sudah muflis.

Ini termasuk menuduh konon rizab antarabangsa Malaysia hanya di bawah AS$50 bilion menyebabkan Bank Negara Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup.

Bagaimanapun, hari ini mereka terdiam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rizab antarabangsa ketika ini adalah sebanyak AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menerusi laman Twitter miliknya.

“Total silence from Opposition when PM @NajibRazak disclosed this in #Bajet2018 …another lie about our country going bankrupt exposed https://t.co/vCZnQQoWot”
— Tan Keng Liang (@tankengliang) October 27, 2017

“Terdiam pembangkang apabila Perdana Menteri @NajibRazak mengumumkan perkara ini dalam #Bajet2018. Satu lagi penipuan didedahkan apabila mereka berkata negara ini akan muflis,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Beliau berkata demikian di dalam posting yang turut mengucapkan syabas kepada perdana menteri ekoran keupayaan negara memiliki rizab antarabangsa yang agak banyak di luar jangkaan.

Berdasarkan pembentangan Bajet 2018 petang Jumaat, Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan kepada Parlimen bahawa negara ini disahkan ada rizab antarabangsa berjumlah AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

“Rizab antarabangsa terkini adalah AS$101.4 bilion, pada 1997 hanya AS$21.7 bilion. Kalau rizab serendah AS$21.7 billion pun tidak muflis, apatah lagi sekarang AS$101.4 bilion,” kata Najib.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa prestasi sebenar ekonomi Malaysia sebenarnya masih lagi dalam keadaan yang baik dan stabil.

Sementara itu, pembentangan bajet kali ini dilihat telah menciptakan sejarah manis buat negara apabila wakil Bank Dunia turut sama hadir mendengar ucapan Najib.

Leave a Reply