Malaysia Antara Negara Yang Paling Ramai Menggunakan Aplikasi Tik Tok Sejak Hari Perlancarannya

Aplikasi muatnaik video terkenal, Tik Tok kini telah melancarkan ciri-ciri terbaru pada aplikasi mereka iaitu versi “Duet” yang membolehkan penggunanya kini dapat memuatnaik atau menghasilkan rakaman video interaktif dengan rakan-rakan ataupun keluarga bila-bila masa sahaja.

Tik Tok duet ini telah pun digunakan oleh selebriti terkenal Malaysia seperti Janna Nick, Joyce Chu dan Izzue Islam yang membolehkan mereka berinteraksi dan berduet dengan peminat mereka.

Artis-artis ini telah berkongsikan video Tik Tok bersama sewaktu di awal perlancaran Tik Tok Duet ini lagi, peminat mereka akan mengayakan aksi yang padan dengan pergerakan artis-artis ini, video menarik dan kreatif dengan dimuatnaik ke laman Instagram peribadi peminat itu sendiri dengan hashtag #duetwithme, video yang paling menarik akan dipilih untuk dimuatnaik ke akaun Instagram selebriti berkenaan contohnya seperti di bawah.

Wow!! Tik Tok DUET Challenge Week is about To launch tomorrow!! ARE YOU READY??!! Update your Tik Tok to the newest version and start your fancy journey to DUET with me!!! My Tiktok ID is 2161946105 , come duet with me! . For more info on the campaign, don’t forget to go to Tik Tok IG page @tiktok.malaysia . Wanna be a SUPER-COOL TikToker as well??!! 😎😮😘 1. Download Tik Tok on Google Play Store or App Store; 2. Tap the “+” button at the bottom, select a sound and start shooting; 3. Edit your video and post it with hashtag #duetwithme; 4. Tap the video you just shot and share it on FB, IG through the sharing button on the right. Again don’t forget the hashtag #duetwithme!! . #tiktokmalaysia @tiktok.malaysia

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on

Wow!! Tik Tok DUET Challenge Week is about To launch tomorrow!! ARE YOU READY??!! Update your Tik Tok to the newest version and start your fancy journey to DUET with me!!! . For more info on the campaign, don’t forget to come to Tik Tok IG page @tiktok.malaysia . Wanna be a SUPER-COOL TikToker as well??!! 😎😮😘 1. Download Tik Tok on Google Play Store or App Store; 2. Tap the “+” button at the bottom, select a sound and start shooting; 3. Edit your video and post it with hashtag #duetwithme; 4. Tap the video you just shot and share it on FB, IG through the sharing button on the right. Again don’t forget the hashtag #duetwithme!! . My Tik Tok ID is jannanick95 !Let’s play together~ #sayangketatsendatpadat

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Sehingga kini sudah lebih 40,000 pengguna Tik Tok di Malaysia yang menggunakan ciri “Duet” di mana ia telah mencatat sebanyak 11.6 juta komen sejak hari pelancarannya.

Video selebriti-selebriti ini telah ditonton melebihi 700,000 kali di platform Tik Tok dengan lebih daripada 30,000 sukaan. Selain itu, bintang-bintang Korea seperti Nam Joo-Hyuk, Kim Chung-ha dan Yu Seon-ho turut menyertai hashtag #duetwithme, di memberi peluang peminat di seluruh Asia peluang untuk menjadi watak penting dalam video mereka.

Tik Tok adalah sebuah aplikasi muatnaik video pendek yang kini digunapakai di pelbagai negara, dengan hanya satu klik mudah untuk menggunakan kesan khas yang dikuasakan dengan teknologi AI terkini.

Aplikasi ini sudah menjadi kegilaan di seluruh Asia dan sedang berkembang pesat di pasaran Korea, Jepun, Asia Tenggara dan banyak lagi.

Ambil gambar dengan edit klip, disertakan pelbagai kesan khas membuatkan ianya menjadi pilihan ramai di mana ia boleh mengesana pergerakan badan “body movement recognition/GAGA Dance”, penukar warna rambut, pelekat 3D yang comel dan pengguna dapat mencari kawan atau video yang mereka gemari.

Sebelum ini Tik Tok berkembang di mana ramai pengguna awalnya menghasilkan video menari, komedi, nyanyian pelbagai suara, skil mengambil gambar dan pelbagai lagi.

Leave a Reply