Lelaki zakar terpanjang didunia mohon status OKU

Seorang lelaki warga Mexico yang dipercayai mempunyai zakar terpanjang di dunia kini disahkan oleh pihak berkuasa sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana tidak mampu menjalani kehidupan seperti orang normal.

Roberto Esquivel Cabrera, 54, dari bandar Saltillo di sini dikatakan memiliki zakar sepanjang 48.26 sentimeter (sm) selepas dia secara sengaja memanjangkan alat sulit itu dengan mengikatnya kepada bebanan berat.

Cabrera yang menerima bantuan kewangan kerajaan Mexico dikatakan enggan menjalani pembedahan untuk mengecilkan zakar selepas dinasihatkan doktor.

Keadaan organ luar biasa lelaki yang masih bujang itu termasuk sukar bekerja, tidak boleh berjalan pantas dan sukar memakai pakaian sesuai menyebabkan dia memohon kepada kerajaan untuk diiktiraf sebagai seorang OKU.

Add Comment