Lelaki Beli Motosikal Impiannya Kawasaki Ninja 250 Tunai Guna Duit Syling Hasil Menabung Selama 2 Tahun

Impian sepasang suami isteri dari Indonesia, Eko Margano dan Ernawati yang ingin memiliki sebuah motosikal Kawasaki Ninja 250 Fi akhirnya tercapai setelah sekian lama menabung.

Yang menariknya, pasangan ini membeli motosikal buatan negara Matahari Terbit itu secara tunai dengan duit syiling bernilai Rp 42 juta (RM 13015).

Setiap hari, pasangan tersebut menyimpan baki duit syiling di dalam tabung yang diperbuat daripada bekas menyimpan roti. Pasangan tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk menyimpan wang syiling tersebut yang terdiri daripada wang syiling Rp 1000, Rp 500, Rp 200 dan Rp 100.

Eko dan Erna membeli jentera berkuasa tinggi kelas permulaan itu daripada pengedar Kawasaki di Madiun, Jawa Timur. Berdasar beberapa keping gambar yang dimuat naik di akaun Instagram, kelihatan para pekerja di kedai tersebut sedang menghitung timbunan wang syiling di atas meja yang dibungkus dengan plastik.

”Semua orang boleh memiliki Ninja! Tahniah buat Encik Eko Margono dan Puan Ernawati. Impian dua tahun lalu menjadi kenyataan hari ini”, kata wakil pengedar pada Rabu lalu.

Ketika ini, harga atas jalan untuk sebuah Ninja 250 Fi terkini yang baru dilancarkan di Indonesia adalah Rp 59.800.000 (RM 18531).

Leave a Reply