Lebih 16k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Tip & Produk Paling Efektif Untuk Merawat ‘Breakout’

Setiap orang mesti akan berdepan dengan masalah kulit yang akhirnya akan membuat kita hilang keyakinan diri. Sampai kadang-kadang nak keluar rumah pun segan, kan?

Namun, setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.

Baru-baru ini, seorang wanita, Lina Shaari telah kongsi cara untuk merawat breakout di akaun Facebook miliknya yang telah mencapai 16K shares ketika artikel ini ditulis.

Lina telah berkongsi produk yang dapat mengurangkan breakout dan mengurangkan kesan parut. Tetapi beliau juga mengingatkan bahawa produk-produk ini tidak semuanya sesuai untuk semua orang kerana jenis kulit yang berbeza.

Namun beliau turut menjelaskan bahawa semua produk ini adalah selamat dan boleh didapatkan di farmasi, Watsons & Sephora.

Jelasnya, masalah jerawat tidak semestinya berpunca daripada salah pakai produk kosmetik sahaja. Ada juga faktor lain yang menjadikan muka anda mengalami breakout.

Harus difahamkan bahawa setiap produk mengambil masa untuk berkesan. Tiada istilah pakai sekali, terus kulit pulih.

Jadi apa rahsianya untuk pulih? Baca di bawah:

Untuk pencuci muka, beliau mencadangkan Cetaphil, Az Clear Action dan Aiken Tea Tree Oil

Bagi ubat jerawat atau antibiotik pula, Lina mencadangkan T3 Mycin, Drying Lotion Marion Badescu, Topicil dan Aiken Tea Tree. Untuk ubat yang mengandungi antibiotik, sebaiknya berjumpa dengan doktor yang lebih arif tentang hal ini.

Bagi ubat parut pula, beliau menggunakan Mederma, Dermatix, dan VCO / Virgin Coconut Oil Moss Mayra untuk mengurangkan kesan parut di muka

Bagaimanapun, Lina mengakui bahawa masalah parut memang sukar untuk diselesaikan. Cuma jika digunakan secara konsisten, pasti kesan parut akan berkurangan.

Dan yang terakhir, gunakan Cetaphil untuk pelembap muka atau moisturizer

Menurut Lina, masalah jerawat akan menyebabkan kulit kering. Sebab itulah penggunaan moisturizer sangat penting bagi memastikan muka sentiasa lembap dan bermaya.

Apa-apa pun, tak kiralah produk apa pun yang anda gunakan, kalau tak konsisten mesti tak jadi. Bukan senang nak dapatkan kulit cantik. Maka benarlah apa orang kata, “beauty is pain”.

Namun, dengan adanya rutin penjagaan kulit yang konsisten, pasti kulit anda akan beransur pulih. Good luck guys!

Bahaya kalau kita tidak tahu krim apa kita sapu dekat muka kita. Pentingnya research sebelum pakai!

Add Comment