KISAH SAIFUL NANG, 26 TAHUN DULU UPSR SAYA DAPAT 1A JER

PERNAH ADA CIKGU CAKAP SAYA BODOH. TETAPI, 4 TAHUN LEPAS, SEKOLAH SAMA BERI “PIALA KECEMERLANGAN SAIFUL NANG” KEPADA PELAJAR TERBAIK SEKOLAH

Saya paling suka kenyataan menteri tentang tak perlu nak rai sangat yang banyak-banyak A ni. Walaupun ada hujah mengatakan yang kita terpaksa menahan diri dari meraikan kejayaan budak rajin disebabkan ada budak-budak malas yang tak dapat A akan terasing. Yang sentap ialah dikatakan “Budak Malas” bukannya saya setuju 100% budak banyak A tak perlu diraikan. Nak raikan, silakan itu kemengangan mereka cuma soal pokok yang utama ialah janglah sampai mengatakan yang tak banyak A itu malas ataupun seperti tiada masa depan.

Abang ni dulu masa UPSR rajin terlebih tapi cuma dapat 1A sahaja. Belajar buka lampu malam-malam, abang sulong saya, Hairul Nang suruh tutup pasal dia tak boleh tidur. Pergi lah sorang-sorang duduk bawah lampu jalan. Nasib baik lampu jalan betul-betul depan rumah. Kalau lampu jalan di balairaya memang penat malam-malam nak kayuh basikal.

Saya ingat pergi pekan Triang untuk ikut ayah beli barang keperluan. Ternampak sebuah lampu meja belajar RM27 harga dia. Kenapa saya ingat harga ini walaupun selepas 26 tahun? Kerana masa saya minta lampu tu, ayah kata “nanti ayah belikan…sekarang ayah tak ada duit”. Saya pun cakap pada ayah Haji Nang Hajah Rohaya “Tak mengapa, saya akan kumpul duit untuk beli”.

Belanja sekolah cuma 20 sen sehari. Seminggu baru RM1. Dah habis UPSR rasanya baru dapat lampu meja tu. Cara lain ialah…BUAT BISNES.

Semasa menulis ni terasa nak pegang kepala orang yang cakap mereka yang tak dapat A dalam UPSR tu pemalas kemudian nak dekel dengan siku dan gunakan lutut untuk pulihkan kecederaan akal beliau. Unfair macam tu brader!

Orang disleksia macam saya ni, sampai sekarang tak hafal sifir. Tapi saya boleh buat sifir dan cara mengira tanpa perlu hafal sifir tanpa guna calculator. Belajarlah macammana pun duduk tercongok depan cikgu dengan kena libas dengan rotan kerana tak hafal sifir tetapi tak hafal juga. Tapi kalau suruh saya buat projek keceriaan sekolah dengan semua mural sekolah saya lukis dan buat pengiraan kos kelab sukan sekolah memang saya boleh.

Untuk saya dapatkan sebuah lampu meja, saya perlu berniaga. Apa niaga yang boleh dibuat yang boleh dapat RM25? Asalkan boleh dikerenahkan, kita kerenahkan. Dulu kalau tahun 1990 dulu tular tentang wang syiling 50 sen yang ada pembahagi di tengah tahun 1971 katanya ada emas dalam tu. Saya pun tak pasti siapa punya idea yang cakap macam tu. Saya juga tak tahu adakah tularnya di sekolah saya sahaja atau semua satu Malaysia kerana masa itu tiada FB.

Perniagaan berlaku apabila ada demand. Demand dicampur usaha untuk kita feed mereka yang mahu itu dengan apa yang mereka mahu, maka ia satu perniagaan. Saya dengan muka tak malu, pergi ke setiap kedai runcit di kedai Mara Felda Tementi sampai ke semua makcik-makcik jual pisang goreng juga saya tanyakan. Saya cakap, nak tukar duit 50 sen ni dengan 50sen tahun 1971. Kebanyakannya tak ada masalah. Muka saya budak baik masa tu. Yang eloknya, nak juga mereka melayan saya cari duit tu satu persatu.

Habis tawaf satu Felda, saya dapatlah kutip dalam 11 coin duit 50sen berbelah dua tahun 1971. Terima kasih kepada tukang buat cerita dalam duit 1971 ada emas. 11 unit coin itu saya dapat jual dengan harga RM5 sekeping.

DALAM BISNES, PRINSIP UTAMA IALAH “WILLING SELLER, WILLING BUYER”. Walaupun sekeping 50 sen itu dibeli dengan RM5 x 11 coin saya jual dapatlah RM50. Macam tak cukup kan? Ya…saya pun percaya juga dan saya simpan sekeping. 10 lagi jual. Modal RM5 dapat RM50.

Semua puas hati dan tak ada yang cari saya balik kerana menipu tak ada emas dalam coin tu. Kerana confirm bukan kerja saya nak letak emas atau tak dalam tu. Tapi salah mereka semua yang dengar rumors macam-macam terus percaya.

Saya dapat beli lampu meja RM27 tadi. Tapi disebabkan guna duit sendiri…hard earn money, saya tawar sampai rapaattttt dan akhirnya Cina Triang tu bagi dengan harga RM23 sahaja. Satu jam saya tak berganjak dan sangat annoying sampai dia dah suruh keluar pun saya tak keluar lagi. Akhirnya sebuah lampu meja warna merah berjaya dibeli.

Malam tu belajar dah guna lampu meja. Menarik lah sikit kerana tak perlu belajar bawah lampu jalan yang warna kuning tu. Tapi Along Hairul Nang ni jenis buka pelita pun dia tak boleh tidur. Apa lagi aku nak buat. Dari nak salahkan takdir dapat abang yang tidur mata terbukak ni, baik saya cari port baru. Tarik meja belajar dengan lampu-lampu pergi ke dapur. Ruang tamu tak boleh pakai kerana rumah cuma ada 1 bilik dan 1 ruang tamu. Yang kami tidur tu di ruang tamu lah.

Akhirnya setelah bersengkang mata siang dan malam, budak lain ajak main konda kondi pun kita tahan hati, dan dengan segala kerajinan itu, UPSR saya hanya dapat 1A. Adakah saya pemalas? Tidak…saya bukan pemalas cuma saya diletakkan di tempat yang menilai saya cara yang salah. Bagaimana kamu menilai seekor ikan dengan kebolehannya memanjat pokok? Saya rasa itu cukup untuk tahu apa yang terjadi. Unfair dikatakan saya pemalas, masyarakat sekeliling sibuk banding-bandingkan keputusan anak masing-masing. Cikgu-cikgu raikan semua yang straight A dengan pelbagai keraian dan memang benar, kita yang cuma 1A ni cuma mampu lihat sahaja pun.

Mari sini saya tanya, dengan 1A saya tadi itu, saya belajar bagaimana untuk selesaikan masalah. Pertama, masalah nak belajar tak ada lampu meja. Kedua, nak beli lampu meja tak cukup duit. Ketiga, nak dapat duit kena cari jalan berniaga. Keempat, belajar menawar sampai rapat. Kelima, dah ada lampu meja pun masih Along aku tak boleh tidur juga. Tak boleh nak ubah Along, kita ubah diri sendiri.

Hari ini, saya boleh cerita DETAIL bagaimana saya selesaikan semua masalah itu. Tapi hari ini kalau saya tanya kamu yang straight A apakah soalan yang kamu jawab semasa UPSR dulu….adakah kamu masih ingat?

Masa hadapan tak ditentukan dengan bilangan A semata-mata. Jangan kecewa dengan anak-anak anda yang kurang A kerana mereka sudah cukup tertekan dengan perbandingan orang lain di sekolah dan masyarakat termasuk sepupu-sepupu mereka. Bila balik rumah, kita pula lagi tambahkan kekecewaan itu.

Peluk anak anda walaupun UPSRnya tiada A dan katakan kepadanya “Don’t worry, it’s just an exam…i know you better than what an exam can tell me”.

Alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan tubuhkan sebuah sekolah yang tidak ada ranking, tidak ada exam dan tiada keciciran. Tapi umur baru 16 tahun dah boleh buat account dan audit real company, umur 13-18 tahun dah bina bangunan bernilai 1.5 Juta sebagai kerja sekolah dari kosong sampai siap sedangkan asalnya mereka ini kebanyakan dari golongan orang yang tak suka pergi sekolah. Tapi konsep sekolah terbuka dan sekolah Alam ini tidak membosankan dan semua enjoy.

Bagi yang nak merasa feeling di Sekolah Alam, kita buat program itu hujung tahun ni dari 10-15 Disember 2017 dengan konsep Kem Cuti Sekolah di tengah-tengah sawah. Anak-anak yang dah banyak sangat makan kertas tu kita bawa dalam hidup bermasyarakat, bekerjasama, bantu membantu dalam Sekolah Alam ini. Konsep ini ialah konsep Islam tapi hanya ada beberapa tempat di dunia sahaja melaksanakan konsep ini iaitu Finland, Germany, Jepun dan di Kajang sahaja. Kena baca dulu tentang kem itu di www.artman.my

BACA DULU DAN DI SITU ADA NOMBOR TELEFON dan semua maklumat diperlukan. Untuk mereka yang sudah baca habis, akan dapat SPECIAL PRICE semasa anda kenalkan diri di whatsap nombor yang ada dalam link itu, awak akan automatically dapat diskaun jauh lebih rendah dari publish rate. Hasil pembayaran peserta semuanya akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan anak yatim dan asnaf Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Cepat jadi orang bijaksanasini.

SAIFUL NANG
UPSR 1A
PMR 5A
SPM Agg.10 (6A)
Degree CGPA 3.21
Ph.D (Officially drop-out)

tapi
Saya seorang Saiful Nang.

*Sila share kepada yang banyak A dan yang kurang A dan parents mereka sekali dan kalau nak anak belajar cara belajar lain secara lebih alami, boleh hantar anak ke www.artman.my -program kem cuti sekolah tengah sawah padi. Post ini juga telah diedit kerana ada orang baca tajuk sahaja terus dah spin.
**Gambar dalam kapal orang. Bukan kapal sendiri.

Sumber : Saiful Nang

Add Comment