Kelantan bakal terima tajaan syarikat automotif dan kewangan

KOTA BHARU – Syarikat automotif dan syarikat pelaburan kewangan dilaporkan bakal menjadi penaja utama kepada pasukan Kelantan dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya sedang menjalankan rundingan dengan kedua-dua syarikat berkenaan untuk dibawa masuk bagi mengisi kantung kewangan pasukan.

“Kita sedang memuktamadkan jumlah tajaan dan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Bukan itu sahaja dua syarikat gergasi Jepun, Yakult dan Rohm Wako juga telah menyatakan persetujuan untuk meneruskan tajaan bagi musim 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan dan Rakan Niaga KAFA Musim 2018, di sini hari ini.

Sumber : Kosmo

Add Comment