Kelab Bola Sepak Anti-Islam Israel, Beitar Jurusalem Cadang Jadikan ‘Trump’ Sebagai Nama Kelab Sebagai Tanda Penghargaan

Sejak beberapa dekad lalu, nama ‘Trump’ sudah pun digunakan sebagai tanda dagangan untuk pelbagai produk antaranya hotel, stik, kelab golf, syarikat penerbangan, minuman beralkohol, universiti dan papan tanda.

Kini, sebuah kelab bola sepak di Timur Tengah juga turut tidak ketinggalan untuk berbuat sedemikian.

Pada Ahad, Beitar Jerusalem, salah satu kelab bola sepak terbesar di bawah Persatuan Bolasepak Israel (IFA) mengumumkan bahawa mereka ingin memasukkan ‘Trump’ sebagai nama kelab kepada, Beitar ”Trump” Jerusalem. Bagaimanapun kelab tersebut terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada IFA, dan perlu menyelesaikan beberapa perkara termasuklah nama ”Trump” sudahpun wujud sebagai tanda dagangan di Israel.

Kenyataan kelab dibuat menjelang pembukaan rasmi Kedutaan Amerika Syarikat di Jurusalem pada Isnin.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membuat keputusan untuk memindahkan kedutaannya daripada Tel Aviv ke Jurusalem, bagi memenuhi janji yang dibuat dalam kempen pilihanrayanya.

Pemindahan tersebut nyata menimbulkan kemarahan penduduk Palestin. Malah pengkritik turut risau bahawa keputusan tersebut bakal merencatkan proses rundingan damai antara Israel dan Palestin serta merumitkan kedudukan Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Bagaimanapun, warga Israel menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Trump tersebut, dan Beitar Jurusalem antara mereka yang memberi sokongan terbuka.

Dalam satu kenyatan rasmi yang dikeluarkan melalui laman Facebook kelab tersebut, pemilik kelab, Eli tabib dan Pengurus Eksekutif, Eli Ohana memutuskan untuk menukar nama sebagai penghargaan terhadap terhadap Trump di atas keputusan tersebut.

Fans of the Beitar Jerusalem soccer team hold up a sign saying “beitar pure for ever” and chanted against owner Arcadi Gayadamak during Saturday evening’s game against Bnei Yehuda of Tel Aviv over Gaydamak’s announced intention to make two Russians the first Muslims in the teams history. Jan 26 2013. Photo by Flash90

Beitar Jurusalem merupakan juara 6 kali Liga Juara Israel selain menjadi satu-satunya kelab Israel yang tidak menandatangani pemain Arab. Malah peminat-peminatnya sangat terkenal kerana seringkali melaungkan chant anti-Arab dan digelar sebagai ‘ekstremis’ nasionalis.

Pada tahun 2012, penyokong kelab itu pernah merusuh dan memecah masuk sebuah pasar raya sambil melaungkan slogan ”Kematian Untuk Arab” serta memukul pekerja-pekerja berketurunan Arab yang ada di dalam pasar raya tersebut.

Apabila kelab tersebut bertindak menandatangani dua pemain beragama Islam daripada Chechnya pada 2013, pihak polis mengesyaki kebakaran pejabat pengurusan kelab tersebut berpunca daripada tindakan penyokong yang tidak berpuas hati dengan pembelian tersebut.

Ketika dua pemain Muslim tersebut hadir buat kali pertama di stadium keramat mereka, penyokong-penyokong ini menaikkan kain rentang yang berbunyi ”Beitar Suci Selamanya”.

Sumber : The Washington Post

Leave a Reply