‘Kedekut, tak payah taja la Dato’ – Aliff Syukri kesal dengan dakwaan netizen dan ini penjelasannya

Nur Farah Idayu Yaakob atau lebih dikenali sebagai Idayu, dinobatkan sebagai Juara AF Megastar malam Ahad lalu pada konsert terakhir yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam.

Idayu juga turut memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, selain hadiah percutian selama 10 hari ke Turki, e-Gift daripada Go Shop bernilai RM6,000 dan trofi.

Terdahulu, penaja utama AF Megastar, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman melalui Instagramnya meminta pandangan followers siapakah yang patut menang. Bagaimanapun, Aliff kesal dengan beberapa komen followers yang dianggap melampau sehingga menguris hati dan perasaannya.

Menurut Wani, adalah tidak adil bagi peserta lain yang sudah bertungkus lumus dalam AF Megastar tetapi tiada hadiah yang diberikan. Malah, Suehaina pula mendakwa penaja program realiti tv itu kedekut sehingga menyarankan Aliff tidak perlu lagi menaja program seumpama itu di masa akan datang.

SABAR SYUKRI..sabar.. tunggu penjelasan saya esok😏😏😏 sy terlalu penat dan letih skrg🙏🏻🙏🏻🙏🏻

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Dato’ taja berapa sen? Sembang macam juta-juta tetapi juara satu saja. Kereta tak ada, barangan mahal tak ada, dapat percutian pun tajaan lain. Lawaklah kau ni,” tulis Azrullizam.

“Menaja biar ikhlas. Jangan permainkan finalist tu. Kesian bawa tangan kosong, usaha tiap minggu berdoa supaya sampai ke final. At least bagilah saguhati.

“Katanya abang terlajak laris, jadi hadiahkanlah barangan-barangan D’Herbs itu,” kata Nurmxmxe.

Gambar komen empat individu berkenaan dimuat naik ke Instagram pada malam tadi.

Sejam yang lalu, Dato’ Aliff tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan beberapa netizen yang mendakwa dirinya kedekut.

“Kalau korang hebat sangat, korang je sponsor. Aku sponsor berjuta-juta okey. Hak hadiah semua bukan hak saya. Suka-suka korang je nak kutuk saya kedekutlah, bagi hadiah kat seorang pemenang sajalah. Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Itu rancangan Astro. Ingat bila kita sponsor, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak? Nak naik atas stage pun kena minta kebenaran.

“Saya ni bayar berjuta ya untuk sponsor, jadi kalau korang-korang tak tahu, baik korang diam saja.

“Korang tahu tak nak cari duit ini, aku separuh mampus. Korang nampak aku seronok je tetapi aku mengagau cari duit nak bayar kat Astro, korang pikir tak? Korang ni memang dah terbiasa mengutuk. Jadi ada je benda yang dicari salah. Padahal tak ada kaitan pun dengan saya.

jgn salahkan saya..kalau korang hebat sgt korang jee sponser . . aku sponser berjuta2 okey ..hak hadiah smua bukan hak saya..Suka2 korang je nak kutuk saya kedekut la bg hadiah kat sorang pemenang je lah….ko ingat af tu rancangan Aliff Syukri kamarzaman ke? tu rancangan astro…ingat bila kita sponsor kita boleh buat suka2 ke apa yg kita nak nak naik stage pun kena minta kebenaran..saya ni bayar berjuta ya utk sponsor jadi kalau korang2 tak tau baik korang diam jer ..korang tau tak nak cari duit ni aku separuh mampus korang nmpak aku seronok jee tp aku memngagau cari duit nak bayar kat astro korang pikir tak??…korang ni mmg dah terbiasa mengutuk jadi ada je benda yg di cari salah…padahal x ada kaitan pun dgn saya . . . Saya ni pun tak berapa pandai tapi tak lah sampai nak lebih2 tunjuk pandai mcm korang ni…Ingat kita ni sponsor suka2 ke? tau tak kita ni sponsor sbb nak dapat airtime iklan,nak promosi produk sbb rancangan tu ratingnya tingginjadi banyak orang tengok…kalau saya x sponsor pun af tu tetap juga berjalan ya awak2 semua yg suka sangat nak cari salah orang ni…buka mata dan buka sikit minda tu……

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Saya ini pun tak berapa pandai tapi tak adalah sampai nak lebih-lebih menunjuk pandai macam korang ni. Ingat kita ini sponsor suka-suka ke? Tahu tak kita ni sponsor sebab nak dapat airtime iklan, nak promosi produk sebab rancangan itu ratingnya tinggi. Jadi banyak orang tengok.

“Kalau saya tak sponsor pun, AF itu tetap juga berjalan ya. Awak-awak semua yang suka sangat mencari salah orang ni, buka mata dan buka sikit minda itu,” katanya.

Add Comment