“Kalau betul saya lelaki, kenapa anak saya tak panggil saya Walid?” – ‘Sis’ Sajat

Status jantina jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline-nya “Jangan mengata”, Nur Sajat sentiasa dipersoalkan oleh netizen yang mempersoalkan ketulenan jutawan itu sebagai seorang wanita.

Meskipun sudah berkali-kali Sajat telah mengemukakan bukti bagi membuktikan ketulenan beliau, tetapi masih terdapat desas-desus yang mengatakan beliau ini sebenarnya bukanlah seorang wanita, sebaliknya separa-wanita.

Setelah memberitahu para peminatnya yang beliau bakal bergelar seorang isteri yang sah kepada bakal suaminya, Coach Yin tidak lama lagi, Nur Sajat menerusi sebuah video telah membuktikan lagi apabila angkatnya memanggil beliau dengan panggilan Ummi.

Di dalam rakaman tersebut, Sajat yang sedang mendandan rambutnya telah dipanggil oleh anaknya itu yang meminta untuk duduk di pangkuannya.

“Ummiiii, nak duduk!”

Alahai manja!

Terus Sajat kata;

“Haa, dengar tu anak kita panggil kita Ummi, bukan Walid. Budak-budak tak pandai menipu. Bila panggil Ummi tu maknanya perempuan.”

Leave a Reply