Kabinet Beragama Islam Rasis, Ekstrimis, Taliban! Ini Kata Guan Eng!!!

KUALA LUMPUR – Pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa ketua negara dan anggota Kabinet Malaysia mesti terdiri daripada mereka yang beragama Islam merupakan pandangan yang rasis, ekstrimis dan berbahaya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pandangan pimpinan PAS itu perlu dikecam oleh seluruh rakyat kerana ia melanggar Perlembagaan Negara dan boleh mengundang kepada pembubaran Malaysia.

‘Kabinet eksklusif Melayu-Muslim jelas tidak berperlembagaan kerana ia merendahkan status dan hak kaum bukan Melayu.

“Tidak ada bukan Melayu, bukan Islam dan majoriti Melayu Muslim yang sederhana di Malaysia akan menerima ekstremis dan rasis yang dikenal pasti sebagai Taliban itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini pernah menegaskan Malaysia bukan negara Taliban bagi menyokong pesta arak besaran-besaran diadakan di Malaysia.
DAP kini merupakan parti pembangkang paling dominan dalam Pakatan Harapan dan sekutu kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas usaha beliau menumbangkan kepimpinan UMNO demi kepentingan peribadinya tidak kesampaian.

Guan Eng seterusnya mendakwa, PAS sanggup bekerjasama dengan UMNO kerana mahu mencapai objektifnya yang rasis dan ekstrimis.

Justeru, katanya, keputusan DAP memutuskan kerjasama dengan pemimpin PAS sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat adalah tepat.

Kata beliau, PAS bukan parti Islam ‘moderate’, sebaliknya parti ekstrem dan rasis selepas kematian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang anti-UMNO.

Malah, dakwanya, DAP sanggup mengorbankan apa sahaja kepentingan politik dengan tidak bekerjasama dengan PAS untuk menegakkan prinsip dan Perlembagaan Persekutuan. – Mynewshub.cc

Leave a Reply