Jangan Kencing Berdiri

Kebanyakkan lelaki suka memilih untuk kencing berdiri kerana ia lebih mudah dan cepat daripada menggunakan jamban.
Jika kamu salah seorang daripada golongan tersebut, awas! Tabiat kencing bediri merupakan tidak baik untuk diri kamu terutama pada kesihatan. Terdapat lima kesan buruk yang akan di alami oleh lelaki jika mereka suka kencing berdiri.

1. Tidak bersih
Buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian anda terjejas terutama bagi mereka yang beragama Islam. Apabila buang air kecil berdiri, air kencing tersebut tidak keluar sepenuhnya sebaliknya akan keluar tanpa disedari ketika anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.

2. Tidak puas
Dalam posisi buang air kecil sambil berdiri, air kencing sebenarnya tidak keluar sepenuhnya. Ini kerana punci kencing anda tidak ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan kerap ulang balik ke tandas untuk membuang air kecil pula.

3. Punca penyakit batu karang
Tabiat ini antara lain menjadi punca kepada penyakit batu karang. Air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu dan akan memenuhi buah pinggang dan saluran punci kencing. Ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat.

4. Punca masalah sistem badan
Ketika buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh yang akan keluar. Tetapi dalam posisi berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan. Ia sekali gus akan menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.

5. Lemah syahwat
Lemah syahwat adalah masalah yang digeruni oleh lelaki. Anda pastinya tidak mahu tewas ketika di ranjang dengan mudah bukan? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan sesekali amalkan membuang air kecil dalam keadaan berdiri. Mengapa? Ia kerana posisi seperti itu akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.

Add Comment