Inilah Jumlah Pendapatan Tan Sri Isa Samad, Anda Pasti Terkejut Besar

Semasa menjadi Pengerusi FGV, Tan Sri Dato’ Seri Utama Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad dibayar.

Fi Tahunan:
Pengerusi Lembaga: RM560,000
Imbuhan Pelbagai Subsidiari: RM595,000
Pelbagai Keistimewaan: RM100,000
Benefits-In-Kind: RM1,418,088.28
🔴Jumlah setahun: RM2,673,088.28

Selain menerima fi tahunan berjumlah RM2,673,088.28, selaku Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad juga mendapat saham FGV berjumlah 180,000 unit saham dan gaji RM23,200 sebulan.

Dibayar FGV:
🔴Purata sebulan termasuk fi: RM245,957.36

Pendapatannya belum mengambil kira gaji MP, pencen Menteri Kabinet, pencen MB Negeri Sembilan, pencen ADUN, dan berbagai pendapatan lain-lain lagi yang kesemua jumlah itu mungkin masih belum mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang meningkat kini sejak pelaksanaan GST. Mungkin!

BIODATA TAN SRI ISA SAMAD | Tan Sri Isa Samad dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban(1973-1978).

Nama Penuh: Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad

Umur: 68 (2017)

Tarikh Lahir : 14 November 1949

Tempat Lahir : Melaka

Kerjaya: Politikal

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO

Ringkasan Beliau Bersama FELDA

Pada 27 Disember 2010, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.

Pada 20 Jun 2012, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis. Isa Samad selaku Pengerusi Felda (kontrak sahaja) tidak akan hadir kerana perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran beliau bukan seorang peneroka, anak eneroka mahupun kakitangan Felda. Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menjelaskan bahawa terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF dan keahliannya dalam koperasi dibekukan.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin dari Mohamed Hanifa & Associates mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF. Pada 23 Mei 2012, panel rujukan pertikaian SKM, SKM telah mengesahkan keahlian Isa Samad walaupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengakui bahawa perlantikan Isa itu salah di sisi undang-undang.

Disebabkan Isu kontroversinya bersama FELDA,Isa Samad selaku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd telah berlaku perlanggahan dengan Ketua Pengawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad. Isa Samad telah dipindahkan daripada FGV kepada SPAD.

Sumber Rujukan : Wikepedia

Add Comment