GURU TUMBUK MURID 9 TAHUN KERANA SALAH JAWAB SOALAN DALAM KELAS

Seringkali kita mendengar pelajar zaman sekarang disebut manja dan mengada-ada. Tak boleh ditegur, tak boleh juga didenda dan dikenakan hukuman rotan atas kesalahan yang mereka lakukan.

Namun wajarkah apabila seorang guru bertindak menumbuk muridnya hanya kerana salah menjawab soalan di dalam kelas?

Akibat berang dengan tindakan guru tersebut, ibu mangsa, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah telah membuat laporan polis dan sidang media berkenaan perkara yang menimpa anaknya, lapor Free Malaysia Today.

Menurut Nur Syaheerah, kejadian tersebut telah berlaku pada Selasa lepas semasa di dalam kelas apabila anaknya yang berada di darjah 3 ditumbuk guru tersebut hanya kerana salah menjawab soalan bahasa Inggeris. Aiyo, dah kenapa cikgu ni??

Adam Mikail Mubashir, 9, telah ditumbuk di bahagian kepala sehingga menyebabkan tubuhnya terjatuh ke belakang lalu pinggangnya terlanggar bahagian bucu meja.

Akibat daripada tumbukan tersebut, Adam mengalami pening kepala dan loya. Dia juga telah diminta untuk berdiri sehingga kelas berakhir. Aduhai…

Malah hasil pemeriksaan doktor juga mendapati Adam mengalami gegaran otakkesan dari tumbukan kuat hingga mengakibatkan simptom pening dan loya.

“Saya terkilan anak saya diperlaku sebegitu. Saya ada jumpa guru besar tetapi dia cakap akan pantau guru dan anak saya, tetapi tidak ada apa-apa tindakan diberikan kepada guru, hanya anak saya diberikan kaunseling,” kata Nur Syaheerah.

Leave a Reply