Genap 2 Tahun Anakanda Ke-4 Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Mangkat

Sudah genap dua tahun hari ini, anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar mangkat.

Keluarga Diraja Johor memuat naik rakaman video sebagai tanda mengenang kemangkatan ahli keluarga diraja tersebut.

Video tersebut yang masing-masing dimuat naik di laman Facebook Sultan Johor.

Permaisuri Johor memaparkan kompilasi gambar-gambar kenangan Almarhum bersama seluruh ahli keluarga kerabat Diraja Johor dan penglibatan aktif pelbagai aktiviti.

Komplikasi gambar-gambar itu dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.

Menurut catatan di laman Facebook Permaisuri Johor, video berdurasi 4 minit 38 saat itu dirakam sempena Pelancaran dan Perasmian Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor pada 6 Ogos 2016 dan diarahkan sendiri oleh baginda.

Baginda menjelaskan muzik latar video tersebut yang bertajuk I Was Here, nyanyian artis terkenal antarabangsa, Beyonce juga merupakan salah satu lagu kegemaran Almarhum.

Lagu dan pembikinan video ini dipilih dan diarahkan sendiri oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dengan kerjasama Dato Perdana Dalam dan ahli-ahli Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat kanser hati, pada 5 Disember 2015 dan jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah.

Sepanjang hayat baginda, Almarhum begitu aktif dalam aktiviti dan kerja amal, selain pernah mengikuti kursus Inspektor Percubaan selama 9 bulan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) ketika berusia 21 tahun dan menamatkan latihan pada 2012.

Sempena 2 tahun kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil juga, Sultan Johor berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil, malam tadi.

Bacaan tahlil dan Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Johor Ahmad Hanif Naim dan Kadi Besar Johor Ahmad Faisal Mohammad dihadiri lebih 5,000 orang.

Dalam pada itu, rakaman video tersebut turut menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia, yang rata-rata masih berasa hiba dengan pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Netizen mengambil peluang tersebut untuk turut sama menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan Almarhum.

Kami mewakili seluruh rakyat Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan Al-fatihah kepada seluruh kerabat Diraja Johor.

Sumber : Deenamik

Add Comment