Dr Zakir Naik Sedia Bertemu Siti Kasim & Asiah Abd Jalil – Ustaz Fathul Bahri

Penceramah tersohor, Dr Zakir Naik tidak keberatan untuk bertemu dengan peguam Siti Kasim. Perkara itu dimaklumkan Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu status di Facebook miliknya.

Fathul Bari menulis status tersebut; “Saya telah maklumkan kpd Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kasim & Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau..”

Zakir Naik Sedia Bertemu Siti Kasim & Asiah Abd Jalil

Beliau turut memuat naik paparan skrin aplikasi WhatsApp perbualannya bersama Dr Zakir berhubung pertemuan yang bakal diaturkan nanti.

“Saya mengajak Siti Kasim dan Asia Jalil untuk berjumpa kamu (Zakir),”tulisnya.

Paparan itu turut menunjukkan maklum balas Zakir yang bersetuju dengan cadangan pertemuan tersebut; “Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka,” balasnya.

Kelmarin, Fathul Bari memaklumkan cadangan untuk mengaturkan perjumpaan di antara Dr Zakir Naik dengan peguam Siti Kasim. Fathul Bari berkata, Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.

“Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, pertemuan itu adalah satu cara positif dan terpulang kepada kedua-dua pihak ingin mengadakannya secara diskusi, perbincangan biasa mahupun debat. Jika tidak, Fathul Bari berpandangan, ia sekadar perjuangan yang bersandarkan kepada retorik.

Sebelum ini, Fathul Bari turut menegaskan, jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sesi dialog agama sangat diunjurkan untuk kita saling mengetahui berhubung agama lain.

Penentang Zakir Naik Yang Sebenarnya Ekstrem – PAS
Terdahulu, seramai 19 rakyat Malaysia telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Mereka yang lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam Siti Zabedah Kasim.

Mereka membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Mereka juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Dr Zakir adalah ancaman kepada perpaduan negara dan keamanan berbilang kaum di Malaysia.

Ini telah diajukan pada bulan Mac, 2017 tetapi sampai hari ini pertemuan itu tidak dapat dilaksanakan. Kami berharap rancangan ini dapat dilaksanakan. Mari kita selamatkan umat islam.

SUMBER : https://www.wakeupmalaya.com/2017/03/zakir-naik-sedia-bertemu-siti-kasim-asiah-abd-jalil/

Add Comment