Dah Lah FITNAH .. BODOH Pulak Tue – Ahmad Maslan Mengamuk !

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan menafikan bahawa beliau mengatakan kerajaan menaikkan harga petrol bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Menerusi Twitter hari ini, Ahmad berkongsikan infografik yang memaparkan gambarnya dengan mesej berbunyi “Kerajaan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya – Ahmad Maslan”.

Ahmad berkata beliau telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebarkan mesej itu di media sosial.

“Pegawai saya juga akan membuat laporan Polis, #PDRM. Kita mesti #PerangiFitnahMediaSosial #SemakSebelumSebar juga #FikirSebelumTular. Saya harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan.

“Infografik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula,” tegas anggota parlimen Pontian itu.

Menurut Ahmad beliau tidak pernah menyebut kenyataan itu memandangkan harga minyak bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

“Apa hal saya nak sebut tentang harga minyak, bukan bawah MITI. Harga minyak Malaysia ikut harga minyak dunia, bukan kerajaan yang naik atau turunkan. #SKMM elok tangkap mereka ini!” katanya.

Minggu ini, harga petrol mencapai paras tertinggi sejak sistem mingguan diperkenalkan pada bulan Mac.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, RON95 naik tujuh sen kepada RM2.38 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.66 seliter.

Sementara itu, harga diesel meningkat sebanyak lima sen kepada RM2.25 seliter, juga mencecah paras tertinggi baru di bawah sistem apungan baru.

SUMBER : https://www.malaysiakini.com/news/402278

Dan ini bukan kali pertama Ahmad Maslan difitnah ..

Timbalan Menteri yang penuh kontroversi, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan sesiapa yang mempersoalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disaman.

Timbalan Menteri Kewangan itu juga menafikan beliau menyarankan pihak yang mempertikai GST supaya pindah dan tinggal di bulan.

Ahli Parlimen Pontian itu menyifatkan pihak yang menyebarkan fitnah itu sebagai ‘bangkrap moral’ dan kerja bodoh.

“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu. Orang yg suka fitnah ialah kumpulan bangkrap moral,” tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, ejaan ‘bangkrap’ yang digunakan Ahmad Maslan itu salah. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ejaan betul ialah ‘bankrap’.

Ahmad yang sering menjadi mangsa tohmahan berhubungan pendiriannya mengenai GST membuat penafian itu selepas gambarnya dengan dua ayat “Siapa persoalkan tentang GST akan disaman!” dan “Tak mampu Bayar GST Duduk Kat Bulan” disebar dan dikongsi di media sosial.

Ahmad Maslan sebelum ini menegaskan beliau tetap akan menjelaskan kepada rakyat mengenai GST walaupun berisiko dibaling batu oleh pihak yang tidak berpuas hati lapor Free Malaysia Today

Sumber: FreeMalaysiaToday ( FMT )

Add Comment