Bapak bawak lari kerusi.. Anak jual Pil Kuda ! Itu kata netizen apabila seorang anak Adun ditangkap dengan 200 pil kuda

KOTA BHARU: Anak lelaki seorang Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) di negeri ini ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda pada Sabtu.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas – Salor, kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, setelah pihak polis membuat pemerhatian kira-kira lima minit mendapati seorang lelaki sedang berdiri di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong di sini.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba suspek itu melarikan diri ke bahagian tepi rumah.

Suspek terjatuh ke atas tanah dan berlaku pergelutan, bahkan suspek melawan semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan.

Ismail berkata, polis sekali lagi menunjukkan kad kuasa polis sebelum suspek melawan dan agresif hingga berlaku pergelutan lagi.

Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui satu balutan kertas tisu berwarna putih yang mengandungi sepeket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau disyaki dadah.

Bungkusan itu disorokkannya di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakai suspek.

Sehubungan itu, katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perintah tahanan reman selama empat hari yang bermula hari ini terhadap suspek dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari.

Suspek kemudian dibawa menaiki trak polis ke IPD Kota Bharu untuk siasatan selepas selesai mendapatkan reman.

SEMENTARA ITU HUSAM MASIH LAGI TIDAK TAHU DIMANA ANAKNYA DITAHAN

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa memaklumkan beliau hanya mengetahui penahanan anaknya, Ahmad Syafi atas tuduhan memiliki pil kuda menerusi imej laporan sebuah portal yang dihantar kepadanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu juga memberitahu beliau tidak dimaklumkan secara rasmi oleh polis mengenai penahanan itu dan tentang anaknya akan dibawa ke Mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

“Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan.

“Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam bahawa anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

Husam akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anaknya pada waktu terdekat.

Sebelum ini, dilaporkan polis menahan anak lelaki seorang ADUN di Kelantan kerana memilik 200 biji pil kuda pada Sabtu.

SUmber : Awani

Add Comment