Bank Pusat Indonesia Turut Haramkan Penggunaan Matawang BITCOIN Di Negara Mereka..

JAKARTA: Bank Pusat Indonesia menjadi bank pusat terbaru mengharamkan penggunaan mana-mana matawang kripto termasuk Bitcoin lapor Astro Awani.

Menurut bank pusat itu, nilai matawang kripto seperti Bitcoin adalah sangat tidak menentu dan ia melanggar undang-undang berkenaan penggunaan matawang maya yang diluluskan pada 2016.

The Associated Press mendakwa, Indonesia mengharamkan semua matawang maya untuk mengukuhkan penggunaan dan nilai matawang Rupiah.

Namun nilai Bitcoin yang melonjak tinggi menjadikannya sangat menarik untuk pelaburan.

APTN mendakwa lebih 700,000 warga Indonesia terlibat dalam transaksi Bitcoin.

Di Malaysia, sebuah portal berita atas talian melaporkan Bank Negara dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan penggunaan matawang kripto pada akhir tahun ini.

Ketika ini berdasarkan kenyataan pada Januari 2014, Bank Negara TIDAK mengiktiraf Bitcoin dalam mana-mana transaksi di Malaysia.

Sumber: Astro Awani.

Add Comment