Askar Elit Palestin, Briged Al Qassam Yang Digeruni Oleh Tentera Israel

Sejak semalam, seluruh dunia khususnya umat Islam pasti berada dalam keadaan sedih selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan untuk mengiktiraf Baitumulqadis sebagai ibu negara kepada Negara Haram Israel. Tindakan AS itu mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia, namun yang paling terkesan dengan pengisytiharan tersebut tentulah orang Islam yang berada di Palestin itu sendiri.

Malah, Hamas sebagai salah satu pergerakkan politik di Palestin melalui pemimpin utamanya menganggap ia sebagai ‘Pengisytihran Perang’. Dan pasti ramai yang dah tahu Hamas ini bukan pertubuhan politik yang biasa, mereka turut juga mempunyai sayap bersenjata yang dikenali sebagai Al Qassam, sama tarafnya dengan angkatan tentera sesebuah negara. Mereka ditekan dari segenap penjuru kerana kewujudan mereka menimbulkan gerun kepada musuh-musuh Islam dan Palestin.

Sebuah page yang dikenali sebagai Malaysia Military Power yang aktif berkongsi info mengenai dunia ketenteraan telah memuat naik satu artikel yang amat menarik mengenai kekuatan Al Qassam ini. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah.

Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?

Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?

Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

 

 

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba. Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel.

Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit-unit khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit-unit Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel. Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.

Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?

Leave a Reply