Angah intai pasukan baru

Seremban: Selepas kontraknya bersama Kelantan tidak dilanjutkan, pemain pertahanan berpengalaman Norhafiz Zamani Misbah mengintai beberapa pasukan baru bagi meneruskan kariernya mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas pemain kebangsaan dari Melaka berusia 36 tahun itu mengakui semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam saingan liga bola sepak tempatan masih membara.

“Biarpun hasrat untuk meneruskan khidmat dengan Kelantan musim depan tidak kesampaian, semangat saya masih membara untuk terus beraksi dalam Liga M.

“Tiada istilah untuk saya berehat atau bersara dalam kancah bola sepak tempatan kerana masih mampu memberikan persembahan dan sumbangan terbaik kepada mana-mana pasukan.

“Saya berharap dapat meneruskan perjuangan ini dengan pasukan baru pada musim 2018, yang menjanjikan saingan lebih sengit dan mencabar dengan adanya penambahan kepada lima pemain import,” katanya.

Norhafiz yang mesra dipanggil Angah dalam kalangan pemain Kelantan, adalah antara tonggak berpengalaman yang dapat dilahirkan menerusi Liga M.

Leave a Reply