Anak ADUN ditahan reman miliki 200 biji pil kuda

KOTA BHARU – Anak lelaki seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini ditahan polis kerana memiliki 200 butir pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas – Salor, Kampung Jelutong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut dan suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya,” katanya. – K! ONLINE

Sumber : Kosmo

Add Comment