“Aku rimas la dengan peniaga Kelantan ni, cakap KL tak boleh ke? Sedar diri tu sikit…”

Seringkali kita mendengar peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak yang bermakna menyesuaikan diri dengan tempat baru. Namun pernahkah kita terfikir, adakah kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ataupun kita yang harus mengubah persekitaran itu agar serasi dengan kita?

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah memuat naik status berkongsi luahan hatinya tentang sikap individu yang masih mengekalkan dialek ataupun loghat negeri walaupun berada di luar kawasan tempat tinggal mereka.

Menurut Areej, dia berasa geram dan kecewa dengan sikap sesetengah peniaga warga Kelantan yang masih berkomunikasi dalam loghat mereka walaupun tidak difahami oleh pelanggan yang datang membeli.

Ingat orang faham ke?

Dah banyak kali macam ni

Dah banyak kali macam ni

Tambah Areej, peniaga tersebut perlu belajar dan menyesuaikan dengan tempat serta suasana yang baru dengan dialek tempatan kerana majoriti akan memahami apa yang mereka cuba untuk sampaikan.

Faham situasi

Tolong fahamkan isu ni

Sumber : Areej

Leave a Reply