Ada 2 Projek Rumah SelangorKu Berharga RM42,000 Yang Masih Available

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif rumah mampu iaitu projek Rumah Selangorku milik khusus kepada Penduduk Negeri Selangor sejak tahun 2015 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa. Projek Rumah Selangorku ini dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Rumah Selangorku yang diluluskan sama ada akan dibina oleh Kerajaan Negeri melalui syarikat swasta atau anak syarikat (GLC). Harga yang ditawarkan adalah dari RM42,000 hingga RM250,000 mengikut kelayakan pendapatan seisi rumah. Pembinaan Rumah Selangorku melibatkan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.

Lokasi Pertama

Sumber: Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor

Kod Projek
06071000013

Nama Projek
JADE HILLS (JENIS A)

Jenis
RUMAH SELANGORKU JENIS A 700 kp

Lokasi
KAJANG

Tarikh Jangka Siap
01 / 05 / 2019

Daerah
HULU LANGAT

Mukim
KAJANG

Nama Pemaju
JADE HOMES SDN BHD

No Tel Pemaju
03-87370122

Harga Seunit
RM42,000

Lokasi Kedua

Sumber: Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor

Kod Projek
09031000052

Nama Projek
SETIA ECO TEMPLER (JENIS A)

Jenis
RUMAH SELANGORKU JENIS A 700 kp

Lokasi
PEKAN TEMPLER

Tarikh Jangka Siap
03 / 03 / 2020

Daerah
GOMBAK

Mukim
RAWANG

Nama Pemaju
SETIA ECO TEMPLER SDN BHD

No Tel Pemaju
03-60922288

Harga Seunit
RM42,000

Syarat-syarat Pemohonan:

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ?

1. Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah ?

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

3. Bolehkah saya mendapatkan Manual proses pendaftaran Rumah sebagai rujukan?

Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ;http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_manual

4. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah ?

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
Penyata KWSP (jika ada); dan
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

5. Berapakah harga rumah ?

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

6. Berapakah keluasan rumah ?

Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

7. Di manakah lokasi rumah yang boleh dipohon?

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

Peringatan ; Sila pastikan lokasi yang dipilih adalah mengikut mukim yang betul dalam sistem pendaftaran.

8. Kenapa permohonan saya dalam Sistem Pendaftaran Rumah dikategorikan sebagai ‘DRAF’?

Pemohon yang masih belum melengkapkan sepenuhnya permohonan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku akan diletakkan dalam kategori ‘Draf’. Pemohon perlu menyemak semula permohonan dengan melengkapkan maklumat yang wajib diisi dan dokumen dimuat turun yang diperlukan. Sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, maka pendaftaran ini akan terpadam dan permohonan baru perlu dilengkapkan semula.

9. Berapa lamakah permohonan saya untuk ditawarkan Rumah dan status masih dalam ‘SENARAI MENUNGGU’?

Pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses untuk ditawarkan rumah namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula. Walaubagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi (mukim) permohonan sekiranya merasakan permohonan tersebut telah lama atau tidak berminat lagi.

10. Apakah yang patut saya lakukan apabila saya ‘LAYAK DITAWARKAN’ Rumah ?

Pemohon yang layak ditawarkan Rumah Selangorku, pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon dengan menghendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS. Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

11. Bolehkah saya mendaftarkan permohonan saya sedangkan projek Rumah belum dilancarkan untuk jualan?

Pemohon boleh berdaftar bila-bila masa dan lokasi mengikut mukim yang dikehendaki walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.

12. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan katalaluan (password) disebabkan terlupa katalaluan?

Pemohon boleh mendapatkan katalaluan sementara dengan menghantar email ke alamat berikut;

Email ; azeerah@lphs.gov.my

Pemohon perlu menggantikkan kataluan sementara tersebut kepada kataluan baru oleh pemohon sendiri.

Pemohon juga boleh menghubungi terus ke nombor talian ; 03-5510 2177 atau 03-5510 2122 ext 118 / 119 bagi mendapatkan katalaluan sementara.

13. Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat terkini saya setelah berjaya didaftarkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah ?

Pemohon boleh mengemaskini sendiri dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku melibatkan perkara berikut ;

Pertukaran lokasi projek (mukim) ;
Pertukaran jenis Rumah Selangorku (B, C dan D) ;
Alamat pekerjaan atau surat menyurat pemohon
No Telefon
Jika melibatkan perubahan dari segi taraf perkahwinan, status pekerjaan, jumlah tanggungan dan pendapatan pemohon maka pemohon perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter LPHS untuk pengemaskinian maklumat pemohon.

14. Apakah permohonan saya akan dipertimbangkan sekiranya saya telah memiliki/pembelian kediaman rumah di luar Selangor?

Pemohon (suami/isteri) yang telah dikategorikan sebagai ‘LAYAK DITAWARKAN’ sahaja adalah wajib mengemukakan Salinan Perjanjian Jual-Beli berserta cukai tanah atau cukai pintu sebagai bukti pemilikan kediaman tersebut di luar Selangor. Bagi status permohonan dalam ‘SENARAI MENUNGGU’ tidak perlu dikemukakan dalam proses permohonan pendaftaran ini lagi.

15. Adakah permohonan saya disenaraihitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah yang ditawarkan?

Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah SelangorKu selama tempoh 2 tahun

Untung Orang Selangor, Bersegeralah Beli Rumah

Tiada alasan lagi untuk tidak membeli rumah, untung betul orang Selangor. Pihak Majalah Labur telah menghubungi pemaju-pemaju ini beberapa hari lepas dan mereka mengesahkan masih ada beberapa unit yang belum terjual.

Soalan Lazim (FAQ) di atas boleh didapati di laman web Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor.

Leave a Reply