​Kisah Kejayaan Al Ikhsan iaitu Haji Ali Hassan Menggunakan Resepi Rahsia yang Simple

Ramai orang tidak kenal Haji Ali Hassan Dan Tak pasti rupa Sebenarnya kerana Beliau Jarang untuk keluarkan Di Media . Beliau Mempunyai Lebih 100 Outlet Al Ikhsan Seluruh Malaysia , Selain Itu Butik Jenama jenama Besar Seperti Asic Lotto juga di Bawah Anak Syarikat beliau iaitu Prestige Sdn Bhd .

Kisah Hidupnya buat ramai orang tertanya tanya bagaimana Beliau boleh berjaya sampai tahap sekarang . Selepas mendengar perkongsian beliau di Ikim saya dapat simpulkan sedikit disini , Permulaan beliau juga dari bawah , 

Kejayaan beliau bermula dengan modal kecil dengan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk sara hidup dan yuran pengajian. Ali Hassan akhirnya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993 dan ditawar sambung belajar ke luar negara tetapi ditolak.

Tapi Beliau tidak Putus Asa , Beliau banyak kali ulang dalam Siaran Radio , 

” Kita mesti fokus 1 Industry yang sampai berjaya kerana 1 industry itu sangat luas . Cuma kita perlu target sehingga apa kita capai , ” 

Kejayaan beliau mula nampak Selepas Beliau Start Lakukan 1 Perkara Penting itu Lebih awal , Iaitu , 

– AZAN TERUS SOLAT ! 

Beliau kongsikan Kisah Rakan Beliau Dimana Seorang pakar jantung , Rakan Beliau sering solat lewat waktu asar kerana menangguh untuk pembedahan , sehingga jam 7.30 baru solat asar , Tapi selepas Amalkan Resepi Ini , Pakar jantung tadi bagitahu yang bila solat awal waktu , Kes pendedahan berjalan lancar dan tiada komplikasi seperti dulu . Senang je rasa dan Elok . 

Selain Itu paling menginpirasrikan Saya Beliau Mengutamakan Juga 1 Benda juga , 

Iaitu , 

– Bonda Beliau , Letakkan Paling Pertama EMAK KITA 

Beliau Bercakap dalam radio bahawa setiap perasmian Outlet beliau Beliau pastikan Bonda Beliau Sebagai VVIP perasmian Walaupun ada VVIP lain . Beliau meletakkan Bonda Beliu Paling utama . Beliau Pernah Tangguhkan Perasmian kerana bondanya Sakit . Masya Allah . Tak hairan Al Ikhsan Boleh Lebih jauh .

Kemudian Ketika Siaran Live , Staff Al Ikhsan Bercakap SOP Interview Mereka Juga Mengutamakan sesuatu , Itu , 

– Solat Atau Tak 

– Merokok atau tak 

Dan Mewajibkan Setiap masuk waktu solat Didahulukan . 

Dan Beliau Bercakap , Rangkaian Asic Seperti Di Klcc Dan Tempat tempat besar adalah Bawah Anak Syarikat Al Ikhsan Iaitu Prestige SDN BHD . 

Selain Itu Jangan Berhenti Melakukan Sesuatu iaitu ,

– SEDEKAH 

AYAH beliau seorang yang rajin bersedekah , Bonda Beliu juga Rajin , Dan Al Ikhsan Mempunyai 1 Kumpulan Dimana Setiap Minggu akan Mencari Orang orang miskin untuk Disedekahkan Wang , Disedekan Sejadah , Al Quran , SETIAP MINGGU.  

Jadi Amalkan Tips Resepi Resepi kejayan Orang Orang Melayu Kita yang terbukti Berjaya . Beliau Juga Berpesan ,

” JANGAN KITA TAKUT NAK MULAKAN SESUATU KERANA KEKURANGAN MODAL , PERANG BADAR DULU KITA ADA 3000 TAPI ALLAH BERI KEMENANGAN JUGA ” 

BUAT SAHAJA KERANA ALLAH , SERAH SEPENUHNYA . 

Beliau anggap Kejayaan Beliu Hari Ini bukan Dari Kemahiran beliu , Tetapi Dari Investment investment Ayah Beliau . 

Like And Share Dan Fokus Untuk Apa Yang kita nak ! Jangan Hilang Fokus . Tag Pasangan Yang Sedang Berniaga Sendiri . Jangan Risau Insya Allah Anda Mampu juga . 

Beliau juga pesan , Kalau dah Ceburi 1 Bidang buat Sampai habis , Jangan Tukar Tukar Bidang ,

Dan Kenapa saya tulis ni , Sebab Saya Berhajat untuk Berjumpa sangat sangat Dengan Beliau . Share sampai Hajat saya Tercapai !

Add Comment